Janda Dahaga

Jul 12, 2010

Saleha tinggal berseorangan di kampung selepas tragedi hitam yang berlaku dalam hidup dirinya. Tragedi yang tak mungkin dilupakan sama sekali. Saleha tidak mungkin akan melupakan bagaimana motor ais-krim Walls datang dan terlanggar suami beliau yang sedang ber-jogging di taman Andira. Sedang khusyuk Idris mendengar lagu-lagu di mp3nya, dia tidak menyedari sebuah motor sedang datang ke arahnya, walaupon motor tersebut memasang lagu temanya dengan begitu kuat sekali. Motor itu terlanggar badan Idris yang sedang sedang itu, lalu Idris tergolek ke tengah-tengah jalan dan sebuah lori penggangkut tilam buruk datang menerpa.Idris yang masih lagi lemah longlai di jalanan tidak mampu memberi sebarang reaksi kecuali muka terkejut dan jeritan kuat dari mulutnya itu dan segala-galanya gelap bagi dirinya.

Saleha yang baru sahaja sudah membeli keropok lekor di warung Mak Cik Bedah di seberang jalan lari dengan sepantas kilat sambil memanggil-manggil panggilan manja suaminya."Sayang! Sayang! Apa dah jadi ni?Abang!!!!"

Tragedi itu merupakan permulaanya dimana Saleha menaruh dendam kesumat terhadap ais-krim Walls dan memboikot produk-produk syarikat tersebut. Pada setiap kali Saleha ternampak ais-krim Walls, Saleha tidak mampu menahan air mata yang berlinangan jatuh ditepi anak matanya. Saleha sebak. Belum cukup setahun perkahwinan bahagia dia bersama satu-satunya lelaki tercinta, semuanya lerai begitu sahaja dek motor ais-krim Walls yang dipandu dengan sambil lewa.

Malam itu merupakan ulang tahun pertemuan Saleha dengan Idris pada 2 tahun yang lalu. Saleha menangis teringatkan segala memori-memori indah yang terjadi dalam hidupnya ketika dia mempunyai seorang lelaki untuk menjaga dan membelai dirinya. Terngiang-ngiang di kalbu Saleha bagaimana Idris mengelap air matanya setiap kali dia menangis, bagaimana Idris membelai rambutnya setiap kali dia mahu dorongan untuk terus hidup, bagaimana Idris mengangkatnya dalam pelukan badan lelakinya itu setiap kali urat kaki Saleha sakit dan tidak mampu untuknya berjalan. Semua kenangan itu membuatkan Saleha menangis di malam yang dingin itu.

Saleha bangun dari katil, menjenguk ke luar rumah sambil mengenangkan hari bahagia mereka yang dilangsungkan di kampungnya itu. Saleha pergi ke ruang tamu, terbayang di minda Saleha pelamin mereka yang tersergam indah suatu ketika dahulu. Saleha pergi ke dapur, mengenangkan riuh-rendahnya suasana di dapur ketika majlis perkahwinannya itu. Saleha tak mampu menahan perasaan sebak. Beliau menangis teresak-esak dan lututnya jatuh ke bumi kerana tidak mampu mengawal perasaan lagi. Saleha yang sebak itu pon bangun dari hujung tangga dapur itu, pergi ke arah meja tengah dapurnya itu, dan mengambil gelas dan meminum air suam dan berkata;
"Hilang jugak dahaga aku nih. Sambung tidurlah.."




p/s: Diinspirasikan oleh Adote dan juga kebosanan yang terlampau..Aku tahu memang tak seberapa pon, tapi pape jelah..Aku tengah bosan.... ^.^

5 comments:

arieff shukri said...

never la~ dahago sero.. huhu..

~ aaWa ~ said...

haha..dahago ko gapo?
ak dahago air je..haha..

Days said...

impress la dgn kau.terel gle karang cite.aku nih.nak buat krgn pon xkesampaian ...heheh

~ aaWa ~ said...

hehehe..ak saje weyh boring..haha..

~ aaWa ~ said...

lol..